Tuesday, July 28, 2009

Tentera Wataniah Di Semua Kawasan Parlimen - Zahid Hamidi

Petikan dari Berita BERNAMA:

BAGAN DATOH, 12 April (Bernama) -- Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Katanya kementerian itu juga akan mewujudkan persatuan bekas veteran tentera sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka dalam pasukan pertahanan pada masa lalu.

Beliau berkata kementerian akan mewujudkan dana kebajikan bagi tujuan membantu meringankan beban bekas tentera yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menambahkan lagi jumlah pasukan kadet tentera di sekolah supaya pelajar dapat diberi pendedahan awal mengenai pasukan pertahanan selain membina semangat patriotisme di kalangan mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan satu batalion Kem Tentera di kawasan seluas 80 hektar berhampiran Ladang Jenderata di Hutan Melintang di sini serta sebuah pangkalan mini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jeti Bagan Datoh.

-- BERNAMA

Gotong Royong Siapkan Blog Batalion 1 Rej 514

Salam Semua Tuan2 and Sahabat2,
saya dah masukkan auto-email semua dalam blog dan sekarang ni dah nak start bekerja untuk update. Saya nak minta bantuan untuk sumbangkan material untuk blog ni..

Berikut adalah cadangan idea yang saya dapat pikirkan untuk permulaan:

1. maklumat pegawai dan anggota - latar belakang pegawai/anggota dan pengalaman dalam tentera. Tujuannya supaya kita kenal rapat sapa org2 yang kita ada dalam Batalian 1 ni..org chart pon buleh jugak

2. Aktiviti tahunan - perancangan dan laporan (Cerita dan gambar kenangan2 la ni..)

3. Aktiviti kebajikan pegawai dan anggota - sakit pening nanti senang kita nak announce dan ambik tindakan sepatutnya, ada anggota kahwin, dapat baby baru etc (Berita Semasa Batalian1)

4. Sejarah Askar Wataniah dan kedudukan/kepentingan didalam Angkatan Tentera Malaysia

Minta bantuan juga yg mana tangan ada seni tu untuk cari gambar2 cantik sikit untuk diletakkan kat blog nii...gambar2 lama masa latihan dialu-alukan..

di bawah ni contoh2 blog askar wataniah lain & sumber maklumat :

http://www.kck.usm.my/wataniah/

http://www.kipsas.edu.my/Web-Wataniah-2009/Utama-1.htm

http://www.geocities.com/Athens/Olympus/3701/pasukanwata.html

http://www.mod.gov.my/index.php?id=347&option=com_content&task=view


http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Wataniah

ada apa2 nak discuss tolong telefon saya Balik

Lt M Mohd Sabri
0122049646

* Untuk visit blog & comment pls click link kat bawah..

Saturday, July 18, 2009

Penubuhan Blog Batalion1, Rej 514

Salam Perkenalan,
Blog ini adalah untuk semua pegawai dan anggota Batalion 1 Rejimen 514 Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang, Melaka.

kepada yang ada banyak bahan-bahan yang boleh dimasukkan untuk tatapan bersama, silalah hantar kepada moderator untuk dimasukkan disini.

Lt M Mohd Sabri
Sabrizin@gmail.com
0120249646